Tuesday, August 24, 2021

BANTUAN UNTUK KELUARGA YANG TERJEJAS AKIBAT COVID-19

Alhamdulillah syukur kita kepada  Allah SWT, dengan izin dan limpahNya. Saya mewakili penduduk Kpg Melayu mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Hj. Idris Bin Hj. Buang ADUN N16 Muara Tuang dan pihak Marqas N16 serta Parti GPS atas bantuan yang telah disalurkan kepada penduduk Kampung Melayu yang telah dikuarantin. Dengan adanya sedikit bantuan dari pihak YB dpt mengurankan sikit beban dan menceriakan penduduk yang terlibat hanya Allah SWT saja yang dpt membalas.  

Terima kasih

KK KAMPUNG MELAYU

EN ZAIDI MAHBU






Sunday, August 22, 2021

Selalang pandang covid 19

 Sekali lagi saya lihat pemahaman masyarakat Malaysia caca merba sedikit. Saya ingin menerangkan PUI dan PUS.


1. Jika anda ada KONTAK RAPAT dengan pesakit COVID19, anda adalah PUI (person-under investigation), jadi ASINGKAN diri anda. JANGAN keluar bilik sampai sekurang-kurangnya SEPULUH HARI dari tarikh akhir anda ada kontak dengan seseorang yang COVID19 positif. 


Elok menjalani ujian PCR jika anda PUI. Tapi bila keluar rumah, pergi seorang diri. Jangan pula heret satu rumah. Tapi, jika tiada kesempatan untuk ujian dan anda sihat tidak mengapa. Hanya ASINGKAN diri. Rujuk no 3.


2. Apa itu PUS? Person under surveillance. Ini maksudnya jika anda ada KONTAK RAPAT dengan seseorang yang PUI-nombor 1 (seseorang yang ada kontak rapat dengan yang positif), anda adalah PUS. Selagi keputusan PUI tidak keluar, anda perlu ASINGKAN diri. Hanya boleh keluar dari pengasingan jika PUI itu disahkan negatif. Jika PUI itu sah positif, anda automatik jadi PUI. Status anda  “upgrade” jadi PUI. Ikut arahan no 1 pula.


3. Apa maksud ASINGKAN diri?

Duduk di DALAM BILIK. Berseorangan. Ziarah bilik ke bilik pun TIDAK BOLEH. Makanan dihulurkan ke dalam bilik. Kalau anda sayang keluarga anda, ini perlu diikuti. Jika anda tidak ikut, maknanya anda memang mahu jangkitkan orang-orang sekeliling anda yang anda sayangi.


Macamana nak tahu anda kontak rapat seseorang? Jika anda berjumpa mereka: tidak ada penjarakan fizikal (salam peluk cium), tidak memakai pelitup muka, makan minum merokok sama-sama tiada penjarakan fizikal, solat tanpa jarak, membawang lebih 15 minit walau pakai pelitup muka), itu sudah jatuh label kontak rapat.


Berkelakuan lah baik-baik. 

Tidak payah bergantung samada anda bergelang pink atau tidak.

Jalan kan tanggungjawab tanpa disuruh.

Ini sahaja caranya.


Facebook Dr Rafidah Abdullah, Pakar Perunding Perubatan

Saturday, August 21, 2021

Penyerahan Duit sumbangan daripada YB Adun N16 Muara Tuang

 Sumbangan oleh YB Idris kepada the JKKK Kampung Melayu dan Masjid Darul Islam Bersatu Kampung Melayu.

Sumbangan diserahkan kepada YBrs Penghulu Kampung melayu dan Ketua Kaum Kampung melayu. 

Terima kasih daripada kami untuk YB.



Pesanan YBrs Ketua Kaum untuk semua penduduk kampung melayu

 Assalamualaikum semua penduduk Kg Melayu semoga sihat dan ceria selalu...seperti yang kita sedia maklum kes Covid -19 di Sarawak semakin membimbangkan meningkat dari hari ke hari. Saya sebagai Ketua Kaum mewakili JKKK Kg Melayu memohon dan  mengingati diri saya dan semua penduduk kampung supaya sentiasa mematuhi SOP untuk mencegah dan memutuskan rantaian Covid -19. Pastikan diri kita dan ank2 nak keluar rumah sama ada nak ke kedai @ berjalan dalam kampung sentiasa pakai penutup separuh muka (MASK). Nasihatkan ank2 sebelah petang jangan bersukan, berkumpul, menunggang motorsikal tanpa menggunakan MASK. Harap maklum, terima kasih.

#Stay Safe#

#Kitaamikpeduli#

#Kitajagakita#

#HidupSerumpunJiwaHarmoniKekalBersama#


Sunday, August 15, 2021

Penyerahan Duit sumbangan kepada penjaja yang terjejas covid19

 Sesi penyerahan bantuan untuk penjaja di gerai kampung melayu yang terjejas akibat covid 19 telah dilaksanakan sebenar sahaja tadi oleh YB Dato Idris Buang.



Duit diserahkan kepada wakil jkkk kampung melayu. 

Tuesday, August 3, 2021

Bantuan untuk rakyat

 INFO PENTING!!!

Senarai Bantuan Tunai Mengikut Bulan dari Ogos hingga Disember 2021


Bagi mendapat bantuan tunai ini, pastikan anda telah membuat permohonan terlebih dahulu di link dibawah:


🔹I-Citra: https://bit.ly/3yaXHze

🔹GKP 4.0:https://bit.ly/3eTU6Og

🔹Bantuan Khas Covid: https://bit.ly/3eWmeQW

🔹Bantuan hilang kerja RM 500:https://bit.ly/3zxoiXh

🔹Bantuan bakul makanan: https://bit.ly/3zzeqfH

🔹Bantuan cari kerja RM300: https://bit.ly/3x1Qsb9


🚨Ogos21

🔺BKC : 

▪️RM500 utk Miskin Tegar <1000 

▪️RM500 utk B40

RM250 utk M40

🔺I-Citra : RM1000


🚨September21

🔺BPR Fasa 3 : 

▪️RM500 utk Isi rumah <2500 (Kurang dari 1 anak)

RM1100 utk Isi rumah <2500 (2 anak ke atas)

▪️RM200 utk Isi Rumah >2501 - 4000 (Kurang dari 1 anak)

▪️RM600 utk Isi Rumah >2501 - 4000 (2 anak ke atas)

▪️RM100 utk Isi Rumah >4001 - 5000 (Kurang dari 1 anak)

▪️RM200 utk Isi Rumah >4001 - 5000 (2 anak ke atas)

🔺GKP 4.0 : RM500

🔺I-Citra : RM1000


🚨Oktober21

🔺Bantuan Kehilangan Pekerjaan : RM500

🔺I-Citra : RM1000


🚨November21

🔺BKC : 

▪️RM500 utk Miskin Tegar <1000 

🔺GKP 4.0: RM500

🔺I-Citra : RM1000


🚨December21

🔺BKC : 

▪️RM300 utk Miskin Tegar <1000 

▪️RM500 utk B40

🔺I-Citra : RM 1000


Sekian,Terima kasih