Assalamualaikum semua penduduk Kg Melayu semoga sihat dan ceria selalu. Alhamdulillah tangal 20.11.21 (Sabtu) kita selesai menjalani aktiviti gotong royong mengangkat batu dan membuat tapak utk menempatkan tangki tadahan air duit hasil sumbangan penduduk kampung untuk kegunaan di Tanah Perkuburan Islam Sg. Marong. Saya, Tn Penghulu, dan semua AJK JKKK mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh penduduk kpg Melayu sepanjang aktiviti tersebut berlangsung. Terima kasih juga buat hamba Allah yg memberi sumbangan berupa wang ringgit, batu jalan, makanan, minuman dan tenaga kerja. Semoga kita semua dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat nanti, semoga amal kebaikan yg kita lakukan mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah Taala...In Sha Allah...Untuk makluman penduduk kampung juak kita dalam perancangan nk molah tandas dan parit ban untuk mengalirkan air supaya kawasan kubur kering. Siapa penduduk yang berhajat nk berik sumbangan boleh salurkan ke akaun JKKK Kpg Melayu atau berjumpa dengan saya sendiri. Terima kasih semua.
#Stay Safe#
#HidupSerumpunJiwaHarmoniKekalBersama#