Tuesday, March 9, 2021

ADUAN: ISU SAMPAH KEMBALI BERULANG

 PENDUDUK KAMPUNG MELAYU VS MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN






Laporan berkaitan dengan perkara ini telah dimajukan kepada pihak MPKS untuk tindakan lanjut. Wakil JKKK telah memaklumkan bahawa sampah sarap tersebut tidak dikutip oleh pihak kontraktor yang telah dilantik. Walau bagaimanapun penduduk kampung adalah diingatkan supaya tidak membuang sampah seperti buah kelapa@kulit tebu termasuk perabut/tv dan mesin basuh yang rosak di luar dari tong sampah yang telah disediakan. Pihak kontraktor tidak akan mengutip sampah yang dibuang di luar daripada tong sampah. Mohon kerjasama penduduk kampung supaya membuang sampah ditempat yang betul.

#kebersihankgkitatgjwbkitabersama#


No comments:

Post a Comment