Undian online bagi membuat pemilihan Logo dan Motto JKKK Kampung Melayu telah ditutup sepenuhnya pada jam 12.00 tengah hari tadi (13 Mac 2021) Selaras dengan itu juga, satu sesi pemilihan awal telah dilaksanakan oleh JKKK Kampung Melayu untuk memilih logo dan motto yang layak bersama-sama dengan penilaian yang telah dibuat secara online.
Penyertaan yang telah diterima adalah seperti berikut:
Jumlah keseluruhan penyertaan: 64 Penyertaan
Kategori Logo dan Motto: 28 Penyertaan
Kategori Logo: 16 Penyertaan
Kategori Motto: 20 Penyertaan
Berdasarkan kepada penilaian awal tersebut, sebanyak 7 penyertaan untuk logo dan Motto yang layak dinilai untuk peringkat kedua. Untuk peringkat yang seterusnya sebanyak 3 penyertaan telah layak dinilai untuk peringkat akhir. Jawatankuasa telah memutuskan supaya ketiga-tiga penyertaan tersebut digabungkan dan dijadikan sebagai logo dan motto JKKK kampung Melayu.
Keputusan akhir akan diumumkan kemudian. Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang yang bertuah.
No comments:
Post a Comment