Pertandingan mencipta Logo dan Motto JKKK Kampung Melayu yang telah diadakan bermula 1 Januari shingga 28 Februari 2021 telah melabuhkan tirainya. Sebanyak 64 penyertaan keseluruhan telah diterima dengan pecahan seperti berikut:
16 Penyertaan pertandingan mencipta Logo
20 Penyertaan pertandingan mencipta Motto
28 Penyertaan pertandingan mencipta Logo dan Motto
Hasil penjurian yang telah diadakan pada 13 Mac 2021 telah memutuskan seperti berikut;
7 daripada 64 penyertaan keseluruhan logo dan Motto layak dinilai untuk peringkat kedua.
3 daripada 7 logo dan motto di peringkat kedua telah layak dinilai untuk peringkat akhir.
KEPUTUSAN:
Jawatankuasa telah memutuskan supaya ketiga-tiga penyertaan tersebut digabungkan dan dijadikan sebagai logo dan motto JKKK kampung Melayu.
Tahniah kepada semua pemenang yang bertuah:
1. Abdul Manaf Bin jaini (Mencipta Logo)
2. Hanima Binti Raslan (Mencipta Logo)
3. Tahir Bin Jaini (Mencipta Motto)
Saksikan Teaser bagi keputusan pertandingan mencipta logo dan motto JKKK Kampung Melayu
Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang.
No comments:
Post a Comment