Susulan daripada peningkatan kes Covid-19 yang semakin mandadak naik sejak kebelakangan ini di Kota Samarahan secara umumnya serta di Kampung Melayu secara amnya, JKKK Kampung Melayu dengan ini mengumumkan bahawa Pertandingan Bertuntong Peringkat Zon dan Peringkat Individu ditangguhkan pelaksanaannya pada tahun ini. Insya Allah jika tiada aral pertandingan betuntong akan diadakan semula pada tahun hadapan.
Walau bagaimanapun semua penduduk Kampung Melayu masih boleh membuat sambutan bertuntung pada malam 7 jelikur seperti biasa dengan memastikan NORMA-NORMA penjarakan sosial serta lain-lain perkara berkaitan dengan penularan Covid-19 dipatuhi bagi mengelakkan kebanjiran wabak tersebut di Kampung kita.
#KITA JAGA KITA
#HIDUP SERUMPUN JIWA HARMONI KEKAL BERSAMA
Sekian, terima kasih
No comments:
Post a Comment