Sholat yang telah diimamkan oleh tuan Hj oseng dan khutbah yang telah disampaikan oleh tuan Hj mot itu tadi telah dihadiri oleh kira kira 50 orang penduduk kampung dengan mengambil kira penjarakan sosial bagi mengekang penularan wabak tersebut di Kampung Melayu.
Tuan imam usai sholat sempat meminta maaf kepada semua jemaah yang hadir kerana tidak semua penduduk kampung melayu dapat menunaikan sholat secara berjemaah lantaran pengumuman daripada pihak berkuasa yang menghadkan Bilangan yang hadir.
Oleh itu, marilah sama sama kita berdoa Semoga wabak ini segera surut dan kita dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna.
Walau apa bencana yang akan Datang melanda sekali pun selepas ini, semoga kita semua mendapat keteguhan iman dalam menghadapi ancaman yang mendatang.
#stayhome
#stayhealthy
#covid_19
#kitajagakita
#hidup serumpun jiwa harmoni kekal bersama
No comments:
Post a Comment