Pesanan daripada Ketua Kaum JKKK Kampung Melayu
Assalamualaikum semua penduduk Kg Melayu semoga sihat dan ceria selalu...seperti yang kita sedia maklum PKP 3.0 Sarawak telah dilanjutkan dari 15 Jun hingga 28 Jun 2021. Saya sebagai Ketua Kaum mewakili anggota RELA dan JKKK Kg Melayu memohon dan mengingati diri saya dan semua penduduk kampung supaya sentiasa mematuhi SOP untuk mencegah dan memutuskan rantaian Covid -19. Pastikan diri kita dan ank2 nak keluar rumah sama ada nak ke kedai @ berjalan dalam kampung sentiasa pakai penutup separuh muka (MASK). Nasihatkan ank2 sebelah petang jangan bersukan, berkumpul, menunggang motorsikal tanpa menggunakan MASK dan keluar rumah selepas jam 8 malam. Untuk makluman pihak berkuasa sentiasa membuat rondaan di setiap kampung, semalam jiran/kampung yang berdekatan dengan kita ada yang telah dikompaun oleh pihak berkuasa kerana tidak mematuhi SOP. Samalah kita saling ingat mengingati supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Harap maklum, terima kasih.
#Stay Safe#
#Kitaamikpeduli#
#Kitajagakita#
#HidupSerumpunJiwaHarmoniKekalBersama#
No comments:
Post a Comment