Penduduk kampung melayu dan penduduk di Kampung sekitar sekali lagi mengalami gangguan bekalan air Bermula 17 Julai 2021 sehingga 20 Julai 2021. Ini adalah berikutan saluran paip di kawasan kmpg Hj baki yang mengalami kerosakan susulan Paip air utama di Kmpg tersebut pecah.
Kerja kerja pembekalan air bersih mula dibekalkan oleh pihak Lembaga air Kuching serta pihak YB Adun N16 Muara Tuang serta NGO yang bertungkus lumus memberikan Khidmat air bersih kepada semua penduduk kampung.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu penduduk kampung melayu. Bantuan yang telah diberikan telah sedikit sebanyak membantu meringankan beban penduduk kampung bagi memastikan aktiviti harian tidak terjejas.
No comments:
Post a Comment