Sekalung penghargaan kepada NGO dan badan badan amal serta individu yang telah menyumbang bakti pemberian sumbangan ikhlas kepada semua penduduk kampung melayu yang terjejas akibat positif covid 19 serta menjalani tempoh kuarantin kendiri sepanjang tempoh tersebut.
Sumbangan tersebut telah sedikit sebanyak meringankan bebanan penduduk kampung yang terjejas sepanjang 2 minggu di kuarantin di kediaman masing-masing.
Kita semua berdoa dan berharap semoga wabak ini segera terhapus dari muka bumi ini.
Aaminn...
Terima kasih kepada Ketua Kaum serta AJK JKKK Kampung Melayu serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penyerahan sumbangan bakti ini.
No comments:
Post a Comment